TOUCH MEDIA LAPTOP SPECIALIST

KURSUS BAIK PULIH KOMPUTER / LAPTOP

Berbekalkan pengalaman membaiki dan mengajar dalam bidang pembaikan komputer/laptop, Touch Media Laptop Specialist berdedikasi mendidik pesertanya untuk mahir dalam bidang baik pulih komputer/laptop.

Apa jua latar belakang anda, kami akan pandu anda menjadi seorang yang mahir dalam membaik pulih komputer/laptop. Tempat belajar yang lengkap dengan peralatan pembelajaran akan membantu memudahkan pembelajaran peserta dalam mempelajari selok belok laptop yang rumit. Namun jangan risau, kami sudah melahirkan ramai jurupulih komputer/laptop yang datang dari seluruh negara.

Anda akan belajar pembaikan laptop secara menyeluruh, dan teliti, kerana kami akan mengajar pelbagai teknik, dari cara memeriksa laptop yang bermasalah sehingga kaedah pembaikannya yang betul dan cepat.

  • Teknik solder dan blower yang betul
  • Kaedah baik pulih perkakasan(hardware) komputer/laptop
  • Cara mudah dan pantas untuk cek laptop yang bermasalah
  • Penggunaan peralatan baik pulih secara efektif dan efisien
  • Mempelajari cara kerja laptop berdasarkan skema diagram
  • Mempelajari cara baik pulih laptop/komputer tanpa guna skema diagram
  • Kaedah cek chipset dan cara baik pulih
  • Teknik reball dan penggunaan BGA Rework Station
  • Bios: cara kenalpasti masalah dan teknik flashing bios yang betul
  • Teknik kenalpasti masalah laptop menggunakan power regulator
  • SOP cek laptop tidak hidup(cannot ON)/ tiada kuasa(no power) / tiada gambar(no display)

Ambil dan Hantar, Jumpa terus atau Pos ke Touch Media Laptop Specialist:

Kami Touch Media Laptop Specialist beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam, Isnin hingga Ahad. Pelanggan sama ada boleh berjumpa terus dan meletakkan komputer riba mereka yang bermasalah, atau boleh pos komputer riba kepada kami untuk dibaiki. Kami juga boleh menguruskan perkhidmatan kurier yang selamat untuk mengambil dan mengembalikan komputer riba anda di mana sahaja di Malaysia.